Sunday, 18 November 2012

Batu Anjung,Taman TAR

Get Adobe Flash player


Weehuu..beberapa minggu lepas yang dah berlalu ni, saya dengan kengkawan plan nak tracking satu tempat di area Ampang. Kalau diperhatikan pintu masuk nak ketempat atas ni, tak ada siapa sangka yang kat atas bukit ni ada tempat reakrasi. Gigih aku men-tracking batu anjung ni, first pemandangan yang saya nampk ialah air terjun, eee geram jugak rasa nak mandi aje tapi firasat saya rasa part atas mesti lagi syookk.. daki punya daki kat atas tu ada balai polis lama lepas tu tempat tadahan air lama. rupa-rupanya penduduk sana selalu aje lepak kat sana. Orang-orang nya pun mesra gitu, say 'hi', 'hello' dan 'assalammmualaikum.. :) saya pun tak melepaskan peluang snap la picture untuk di share dalam blog saya ni. sesungguhnya ada tempat yang indah dan nyaman yang tidak pernah kita sedari. wassalam!

Photo Gallery by QuickGallery.com

Tuesday, 13 November 2012

Apa Pandangan Anda ?????

3 anggota polis didakwa rogol wanita Indonesia ditahan kerja - Semasa - Sinar Harian GEORGETOWN - Tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang pembantu kedai warganegara Indonesia pada Jumaat lalu ditahan kerja sementara siasatan sudah 95 peratus selesai. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan sudah menahan ketiga-tiga anggota berpangkat rendah itu. “Setakat ini, kita sudah merekod 10 keterangan daripada saksi kejadian dan polis sedang menunggu laporan kimia dan laporan perubatan untuk mendakwa ketiga-tiga anggota itu di mahkamah. Sehingga kini, mereka ditahan kerja untuk siasatan dijalankan ke atas mereka. “Setakat hari ini, 95 peratus siasatan sudah siap. Kita akan tunggu pihak Timbalan Pendakwa Raya mengeluarkan perintah untuk mendakwa ketiga-tiga anggota ini,” katanya pada media hari ini. Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan menjalankan siasatan dengan telus walaupun melibatkan anggota polis. “Kita sudah menubuhkan satu pasukan khas untuk mempercepatkan siasatan dan siasatan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika dilihat dari tempoh tangkapan dibuat, kita menahan ketiga-tiga anggota berkenaan sehari selepas laporan dibuat mangsa. “Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Kita mengharapkan agar tidak ada pihak yang membuat spekulasi yang boleh mengganggu hubungan diantara Malaysia dan Indonesia,” katanya. Sementara itu, pemangku Konsul Jeneral Indonesia Pulau Pinang, Sofiana Mufidah berkata, pihaknya mengharapkan siasatan yang telus dan mengikut prosedur dalam kes itu sehingga ia selesai. “Kita mengharapkan ia (siasatan) diadakan dengan baik dan adil tanpa melindungi mana-mana pihak yang salah walaupun melibatkan anggota PDRM. Kita juga meminta rakyat Indonesia supaya bertenang dan mengawal emosi. “Pihak konsul faham, dengan berlakunya kejadian sebegini, ia sedikit sebanyak menyentuh perasaan masyarakat Indonesia (di Malaysia atau di Indonesia), namun kita perlu menangani masalah ini dengan tenang dan perlu mempercayai PDRM dalam menjalankan siasatan. Kita berharap agar kes ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,” katanya. Sofiana berkata, mangsa kini berada di pejabat konsul Indonesia di Pulau Pinang sementara menunggu sehingga kes berkenaan selesai. Sabtu lalu, seorang pekerja kedai makan warga Indonesia berusia 25 tahun mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di sebuah balai di Bukit Mertajam selepas menahannya di kawasan perumahan kira-kira jam 6.20 pagi Jumaat lalu. www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Music Festival, Stadium Merdeka

Festival Music!!!
Selamat malam semua, nak share sikit pasal Festival Music yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 15 December,2012 nanti. Pada siapa yang tak tahu ni lah saya nak bagi tahu..hehehe..Tiket ni korang mesti leh tahu mana saya dapat kan? Watson ler yang sponsor kalau kita ni membership dia. Bagi komen siapa yang ada tiket macam ni jugak ye? :)

Saturday, 10 November 2012

Speed City kL..

Get Adobe Flash player

Korang pernah pergi Speed City kL? Siapa yang belum pernah pergi, apa kata korang pergi. Tempat ni dekat area Sungai Besi aje. Kalau malam minggu dah tak de tempat nak lepak, korang datang la sini. Speed City ni bukan untuk orang bujang or couple aje..family pun boleh. Masa saya pergi tu ramai aje yang bawak anak-anak. Dekat sini aku nak share yang parking RM5.00, tiket masuk RM6.00 seorang (dewasa). apa aktivity yang boleh korang buat?? siapa yang teringin nak naik dengan drifter pro RM20, pastu kalau nak belajar+ drive kereta drift RM60. Ada berani??hehe
Nak lebih info? click je http://www.speedcitykl.com ni..lebih tepat info yang akan korang dapat.

Photo Gallery by QuickGallery.com

Tuesday, 6 November 2012

Tioman_2011

Get Adobe Flash player

Next entry saya ni, nak cerita pasal percutian di Tioman pulak. Tak silap dalam pertengan tahun lepas, apa yang boleh dipuji percutian di Tioman ni dia punya view..memang cantik..
apa yang kurang memuaskan?? ada..mesti ada..ni bagi pengalaman saya lah..service bot dari jeti ke pulau, memang sangat teruk. kalau bagi rate lah kan..berapa nak tau? mestilah yang paling corot. satu bintang aje :(
Photo Gallery by QuickGallery.com

Sunday, 4 November 2012

Seoul_March,2012


Get Adobe Flash player


Olaa...disini saya nak share kan pengalaman saya mencuci mata di Se0ul, Korea. Walaupun tak sempat nak jelajah kesemuanya, tapi apa yang ada ni saya share dengan uols semua tempat-tempat shopping, muzium dan macam2 lagi..best tak? mana yang memang nak bershopping boleh lah ke sini. korang tengok la sendiri dan jangan lupa..bagi comment sikit! :)

*p/s: mana yang ada pengalaman boleh la share jugak..mana tahu ada yang terlepas pandang.
Photo Gallery by QuickGallery.com